Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah merangka platform baru dalam mengiktiraf pelajar tahfiz al-quran, pengajian islam dan sekolah pondok ke peringkat kebangsaan. Justeru itu, usaha ini dilihat dapat membantu dalam aspek kebolehpasaran pelajar serta meningkatkan nilai tambah mereka di dalam dunia pekerjaan. Platform tersebut merupakan peluang pengajian ke peringkat Diploma dalam melahirkan Mutawwif Professional & Muslim Tour Leader. Tidak terhenti setakat itu, pelajar juga layak untuk meneruskan lagi pengajian ke peringkat Ijazah dan seterusnya di Universiti Awam di seluruh Malaysia.
Professional Mutawwif Development Sdn. Bhd. bekerjasama erat dengan UiTM Cawangan Sarawak dalam menjayakan platform ini dan memastikan pelajar-pelajar aliran tahfiz al-quran, pengajian islam dan sekolah pondok di seluruh Malaysia berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Sarawak kini telah di buka bagi kemasukan Jan 2021. Rebut peluang ini dan daftar sekarang !

Pendidikan
Peluang Melanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Mutawwif Profesional & Muslim Tour Leader
Syarat Kelayakan ialah boleh menulis, boleh membaca dan boleh mengira. Antara kelebihan program ini ialah antaranya diploma pertama di Malaysia, di benua asia malah pertama
