Artikel dari Utusan Sarawak –
DATUK Abdul Karim Rahman Hamzah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM Cawangan Sarawak dan Professional Mutawwif Development Sdn Bhd bertempat di Kampus Samarahan 2, UiTM Cawangan Sarawak, di Kota Samarahan, semalam.
KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak memperkenalkan program pengajian Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah iaitu yang pertama seumpamanya diperkenalkan di negara ini.
Menteri Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program diploma tersebut adalah yang pertama diwujudkan di Malaysia bagi mengiktiraf kerjaya mutawwif di peringkat pendidikan negara.
“Modul yang dihasilkan adalah fokus kepada kualiti dan keperluan khusus dari industri umrah dan pelancongan Islam di Malaysia serta berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf dengan penekanan kepada komponen praktikal dan pendedahan kepada latihan dalaman industri. Baca artikel penuh di https://www.utusansarawak.com.my/?p=17643
Artikel dipetik dari Utusan Sarawak Oleh Zarina Abdullah